KYIV, 28 JULAI – Ukraine telah memindahkan cuti Krismas rasminya ke 25 Disember, berbeza dengan Gereja Ortodoks Rusia yang meraikannya pada 7 Januari, menurut undang-undang yang diluluskan hari ini.
Rang undang-undang yang ditandatangani oleh Presiden Volodymyr Zelensky menonjolkan perselisihan yang semakin mendalam antara gereja di Kyiv dan Moscow sejak pencerobohan Rusia ke atas jirannya yang pro-Barat.
“Perjuangan tanpa henti untuk identiti mereka menyumbang kepada keinginan setiap warga Ukraine untuk menjalani kehidupan mereka sendiri dengan tradisi dan perayaan tersendiri,” menurut nota penjelasan bagi rang undang-undang di laman web parlimen.
Tujuan undang-undang ini adalah untuk ‘meninggalkan warisan Rusia yang meraikan perayaan Krismas pada 7 Januari’, kata nota itu.
Ukraine telah berada di bawah kepimpinan rohani Moscow sejak sekurang-kurangnya abad ke-17 tetapi sebahagian daripada Gereja Ortodoks Ukraine berpisah dengan Moscow pada 2019 kerana pengilhakkan Crimea dan sokongan Rusia terhadap puak pemisah di timur negara mereka. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/07/P12-1A-web-Freepik_29072023.jpg)