KOTA KINABALU, 1 APRIL – UMNO Sabah hari ini mula mengagihkan sumbangan barangan keperluan harian bernilai RM1 juta bagi meringankan beban dan kesulitan yang dihadapi oleh masyarakat negeri ini yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, bantuan berkenaan akan diberikan kepada 12,500 penerima di seluruh bahagian UMNO di Sabah.
“Seramai 500 penerima di setiap bahagian UMNO akan mendapat bantuan ini dan ia akan diagihkan secara berperingkat bermula hari ini. Barangan keperluan yang akan diagihkan antaranya ialah beras, roti, minyak masak termasuk penutup mulut dan hidung serta cecair pembasmi kuman,” katanya, di sini, hari ini. – Bernama