Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Umpan tabur, cara efektif panggil ikan

    Oleh Raz AS –

    Umpan tabur merupakan cara yang sangat efektif untuk memanggil ikan agar ia berkumpul di tempat pancing dilabuhkan.

    Umpan tabur selalunya diperbuat daripada sisa atau isi ikan yang dipotong kecil atau dikisar, palet atau dedak, roti atau tepung, sisa makanan atau campuran kesemuanya.

    Umpan tabur akan dibuang ke air terlebih dahulu, di mana pemancing akan menunggu seketika sebelum umpan yang dikait dengan mata kail dilontar ke kawasan umpan ditabur.

    Selain menabur umpan ke permukaan air, umpan tabur juga boleh ditebarkan di pelbagai peringkat kedalaman air menggunakan peralatan khas berbentuk seperti sangkar atau bakul sama ada yang diperbuat daripada besi atau plastik.

    Sangkar ini diikat pada bahagian atas atau bawah perambut bergantung pada teknik yang digunakan oleh seseorang pemancing itu.

    Salah satu kelebihan menggunakan umpan tabur selain daripada memanggil ikan adalah pemancing dapat mengenal pasti sekiranya sesuatu tempat tersebut mempunyai ikan atau tidak.

    Sekiranya umpan tidak dijamah lebih dari 30 minit setelah menabur umpan ini bermakna tempat tersebut sememangnya tidak mempunyai ikan dan pemancing bolehlah berpindah ke tempat lain.

    Meskipun umpan tabur berkesan untuk memanggil ikan, namun jika umpan ditaburkan terlalu banyak, ikan boleh saja terleka memakan umpan tabur dan tidak mengendahkan umpan yang dilabuh bersama mata kail.

    Manakala jika terlalu sedikit pula ikan mungkin tidak akan lama singgah ke kawasan tersebut, kuncinya adalah untuk menabur umpan dengan jumlah yang betul secara berterusan agar ikan akan terus berminat untuk berada di kawasan tersebut.

    Bakul plastik tempat khas umpan tabur yang dijual bersama perambut anjun. – GAMBAR TACKLEDIRECT
    Umpan tabur digunakan untuk memanggil ikan berkumpul di kawasan pancing akan dilabuh. – GAMBAR FISHINGBOOKER

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...