Thursday, January 16, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    UMS mohon sumbangan makanan untuk pelajar

    KOTA KINABALU, 1 APRIL – Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW) Universiti Malaysia Sabah (UMS) memohon sumbangan orang ramai untuk memberi bantuan makanan kepada pelajar di universiti berkenaan yang terjejas akibat wabak COVID-19.

    Pengarah CIEW UMS, Dr Rafiq Idris berkata ramai pelajar masih berada di kolej kediaman masing-masing di UMS walaupun kampus berkenaan telah ditutup.

    “Dianggarkan lebih 4,000 pelajar yang perlu diberi bantuan makanan. Selain itu, sebahagian pelajar berkemungkinan tergolong dalam kumpulan keluarga kategori B40,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

    “UMS mengharapkan agar ramai yang menyumbang dan menyokong usaha murni ini. UMS juga menyambut baik pelbagai sumbangan daripada pihak kerajaan, syarikat-syarikat swasta dan individu sebelum ini,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda