Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Unai Emery kekal di Aston Villa hingga 2029

    BIRMINGHAM, 28 MEI – Unai Emery menandatangani kontrak baharu dengan Aston Villa, kelmarin, yang mengekalkannya di kelab Liga Perdana Inggeris itu sehingga 2029.

    Emery mengambil alih tugas pada Oktober 2022 dengan Villa hanya tiga mata di atas zon penyingkiran.

    Musim ini, beliau membimbing kelab itu ke tempat keempat dan layak ke Liga Juara-Juara.

    “Saya sangat gembira untuk mengambil langkah ini dan tanggungjawab memimpin kelab ini,” kata Emery.

    “Terdapat ‘chemistry’ yang hebat dalam Aston Villa. Dan elemen sokongan peminat juga membuat perbezaan untuk berasa seperti di rumah sendiri. Kami benar-benar teruja untuk meneruskan perjalanan ini tanpa had kepada impian kami.”

    Pengerusi Villa, Nassef Sawiris berkata kelab itu “membina sesuatu yang istimewa … dengan Unai sebagai terasnya.” – AP

    Unai Emery (gambar) menandatangani kontrak baharu untuk kekal di Aston Villa sehingga 2029. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...