Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    UNISSA anjur kempen kebersihan

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Dalam usaha memberi kesedaran kepada pelajar akan kepentingan menjaga dan memelihara kebersihan alam sekitar, Bahagian Khidmat Masyarakat, Unit Kokurikulum, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan kempen kebersihan di kawasan letak kereta Kampung Sungai Kebun dan kawasan Taman Peranginan Tasek Lama, baru-baru ini.

    Kempen yang disertai oleh 22 pelajar UNISSA itu bertujuan menanam rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar untuk memelihara alam sekitar serta membantu pelajar peka dan prihatin akan kebersihan alam persekitaran.

    Selain itu, ia juga sebagai salah satu langkah positif untuk mengekalkan keindahan alam semula jadi serta melindungi alam sekitar dalam sama-sama mengamalkan budaya kebersihan.

    Pelajar bergambar bersama sampah yang dikumpul selepas kempen kebersihan yang diadakan baru-baru ini. – Gambar serahan UNISSA
    Gambar serahan UNISSA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda