Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    UNISSA tersenarai ranking WURI

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OGOS – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) meneruskan lagi usahanya dalam meningkatkan kecemerlangan apabila buat kali pertama berjaya meraih kedudukan dalam ranking World’s Universities with Real Impact (WURI) yang diterajui oleh Institute for Policy and Strategy on National Competitiveness (IPSNC), baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh UNISSA hari ini, sistem ranking itu disokong oleh empat buah organisasi antarabangsa, Hanseatic League of Universities (HLU); the Institute for Industrial Policy Studies (IPS); the United Nations Institute for Training and Research (UNITAR) dan Tailor Institute, Franklin University Switzerland (FUS).

    Secara keseluruhan, UNISSA berjaya meraih kedudukan 201-300 teratas dalam sistem ranking tersebut. Manakala, kursus ‘Projek Keusahawanan’ yang ditawarkan oleh Fa-kulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm), UNISSA, telah berjaya menduduki 51-100 teratas dalam kategori semangat keusahawanan.

    Edisi WURI ini buat kali ketiga diadakan sejak tahun 2020 di mana sebanyak 300 buah universiti dari seluruh dunia telah berjaya meraih kedudukan dalam sistem tersebut yang dibahagikan kepada enam kategori.

    Kategori-kategori itu termasuklah aplikasi industri, semangat keusahawanan, nilai etika, mobiliti dan keterbukaan pelajar, pengurusan krisis dan revolusi industri ke-4.

    Setiap penyertaan dalam enam kategori itu dinilai berasaskan tiga kriteria utama iaitu inovasi, kebolehlaksanaan dan impak.

    Dengan pengiktirafan berkenaan menunjukkan bahawa UNISSA mampu menyediakan program dan kursus yang berkualiti tinggi dan berdaya saing, khususnya di peringkat antarabangsa. Ini kerana sistem ranking tersebut turut disertai oleh universiti-universiti terkemuka di dunia.

    Sementara itu, Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal berkata seluruh warga UNISSA sangat bersyukur dengan pengiktirafan terbaharu berkenaan dan turut menyatakan bahawa kedudukan UNISSA dalam ranking WURI 2022 ini sudah setentunya menyuntik semangat warga UNISSA untuk terus membangun UNISSA ke arah kecemerlangan dan pengiktirafan antarabangsa.

    Perkembangan ini juga membuktikan bahawa program-program akademik yang ditawarkan UNISSA memiliki kualiti yang setara dengan universiti-universiti yang berprestij di peringkat antarabangsa.

    UNISSA buat kali pertama berjaya meraih kedudukan dalam ranking WURI yang diterajui oleh IPSNC. – Gambar serahan UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...