Monday, May 20, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    UNISSA wakaf 800 mushaf

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MEI – Sebanyak 800 Mushaf Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah diserahkan kepada Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), hari ini, sebagai wakaf universiti berkenaan.

    Penyerahan mushaf berkenaan telah disempurnakan oleh Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal kepada Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Awang Junaidi bin Haji Masri.

    Mushaf berkenaan ditulis dengan tangan oleh seorang penduduk tempatan dan telah berkenan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 24 Oktober 2011.

    Wakaf Mushaf UNISSA itu merupakan inisiatif yang dimulakan pada 2011 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang menulis dengan tangan pembukaan ‘Bismillah’ bagi Surah Al-Fatihah pada mushaf berkenaan.

    Inisiatif berkenaan menekankan kepentingan Al-Quran dan ajarannya dalam kehidupan umat Islam dan menggalakkan umat Islam menyokong penyebaran Al-Quran di negara ini.

    Sebagai sebahagian daripada sokongan BIBD terhadap inisiatif UNISSA, wakaf itu selaras dengan usaha menggalakkan budaya membaca Al-Quran dan menyebarkan ajarannya dalam kalangan semua pihak yang berkepentingan, dan menyokong aktiviti pendidikan dan keagamaan yang memperkukuh nilai-nilai Al-Quran dalam kalangan masyarakat.

    Selain itu, ia juga menekankan nilai perkongsian antara institusi dalam mempromosikan penglibatan dengan Al-Quran sebagai asas untuk mendapat rahmat dan memperkayakan masyarakat Islam.

    Perkara itu selaras dengan nilai BIBD sebagai institusi kewangan Islam yang berjiwa Brunei, menekankan kepentingan bagi mengintegrasikan pengajaran Al-Quran ke dalam amalan harian untuk memupuk masyarakat yang diperkaya dari segi rohani.

    Dr Haji Norarfan menyampaikan wakaf Al-Quran UNISSA kepada Awang Junaidi. – GAMBAR SERAHAN BIBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...