Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    United Airlines ramal kerugian suku pertama selepas operasi Boeing 737 ditangguh

    NEW YORK, 23 JAN – United Airlines, kelmarin memberikan amaran bahawa ia menjangkakan kerugian pada suku pertama 2024 disebabkan oleh penangguhan penggunaan pesawat Boeing 737 MAX 9nya, sementara mengatasi jangkaan penganalisi untuk suku keempat.

    Keputusan syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS) itu untuk menangguhkan penggunaan armada 737 MAX 9nya datang di tengah-tengah pemerhatian yang meningkat terhadap pesawat penumpang Boeing berikutan kejadian yang menakutkan baru-baru ini pada pesawat Alaska Airlines apabila panel terlepas di pertengahan penerbangan, meninggalkan lubang besar di bahagian badan pesawat dan memaksa pendaratan kecemasan.

    Walaupun tiada kematian atau kecedeaan serius dalam insiden 5 Januari, pengawal selia AS menangguhkan penggunaan 171 pesawat daripada armada 737 MAX 9 dengan konfigurasi yang sama seperti pesawat yang terlibat dalam kejadian itu.

    Dalam ramalan yang diterbitkan kelmarin bersamaan dengan pendapatan suku keempatnya, United Airlines menyatakan bahawa mereka menjangkakan kerugian yang diselaraskan antara 35 dan 85 sen sesaham dalam tiga bulan pertama 2024, memetik kemungkinan kesan kewangan daripada keputusannya untuk menangguhkan penggunaan armada Boeing 737 MAX 9 miliknya. – AP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...