Sunday, March 16, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Unjuran bank dunia, IMF papar keyakinan pelabur kian pulih

    KUALA PILAH, 2 OGOS – Unjuran Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sekitar 6.3 peratus hingga 7.5 peratus pada 2021 turut menggambarkan bahawa keyakinan pelabur terhadap negara ini sudah kian pulih.

    Bagaimanapun, Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan, ini hanya mampu dicapai sekiranya semua usaha termasuk menggerakkan ekonomi dilakukan sekarang.

    Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan telah menggesa supaya kalangan penggiat industri serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memulakan semula aktiviti masing-masing.

    “Itu adalah unjuran Bank Dunia dan IMF tetapi saya perlu tegaskan di sini bahawa ia boleh dicapai dengan syarat kita memulakan semula ekonomi itu daripada sekarang. Naratifnya bukan mengenai usaha menakutkan pelabur, sebaliknya (bagaimana) untuk memulihkan semula keyakinan mereka…kita tidak perlu takut-takutkan orang.

    “Unjuran Bank Dunia dan IMF itu menggambarkan keyakinan pelabur sudah mula pulih, jika tidak kita tidak mungkin dapat mencapai angka sedemikian.” – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda