Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MEI – Kontinjen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi Independent Decommis-sioning Body, Verification, Monitoring and Assistance Team 4/2022 (IDB VMAT 4/2022) yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Hairin bin Japar telah pulang ke tanah air pada 3 Mei setelah berjaya menamatkan misi penugasan di Mindanao, Republik Filipina.
Sehubungan itu, upacara perbarisan tamat misi penugasan telah diadakan di Bolkiah Garisson, kelmarin, di mana hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin.
Turut hadir ialah timbalan-timbalan pemerintah angkatan tentera, pengarah-pengarah, komandan-komandan, Penasihat Pertahanan Republik Filipina ke Brunei Darussalam, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan anggota dari Kementerian Pertahanan dan ABDB.