Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Uqasha Senrose bakal melahirkan anak perempuan

    Menghitung hari bergelar ibu bapa, pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose bakal menimang cahaya mata perempuan.

    Memetik laporan mStar, pendedahan itu dibuat pasangan tersebut menerusi majlis gender reveal yang disiarkan menerusi program Oh Baby Kamal & Uqasha, kelmarin.

    Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, berkata, beliau memang mengidam memiliki anak perempuan kerana mahu melihat kebolehan Kamal menguruskan cahaya mata mereka nanti.

    Manakala Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38, pula tidak kisah mengenai soal jantina anak walaupun berharap anak sulung mereka adalah lelaki.

    “Alhamdulillah, saya tak boleh berhenti senyum bila tahu jantina anak saya.

    “Saya nak anak perempuan sebab nak tengok Kamal jaga anak perempuan itu macam mana,” katanya.

    Sementara itu, Kamal dan Uqasha berkata mereka juga baharu mengetahui jantina anak damit berkenaan pada acara tersebut.

    “Semua orang ingat kami sudah tahu, tapi sumpah kami tidak tahu dan sebab itu kami adakan majlis ini untuk kongsi bersama keluarga,” ujarnya.

    Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

    Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

    Kali pertama beliau keguguran adalah ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar bulan November 2022. – Agensi

    Uqasha tak henti tersenyum selepas tahu jantina anak. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...