Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Usah cepat hukum, buat spekulasi terhadap Fathia – Keith Foo

    Keith Foo meminta semua pihak tidak cepat menghukum rakan seperjuangan, Fathia Latiff yang menjadi sasaran kecaman susulan beberapa insiden panas membabitkan dirinya.

    Tidak berniat mencampuri urusan peribadi aktres sensasi itu, Keith sebaliknya berharap, masyarakat dapat mendoakan yang baik-baik buat Fathia.

    “Saya tidak tahu situasi yang berlaku secara keseluruhan. Saya tidak begitu mengikuti kisah hangat atau kontroversi terkini dalam media sosial.

    “Malah, saya juga tidak berminat hendak masuk atau ambil tahu kisah orang lain. Cuma saya berpendapat, kita harus mendoakan yang terbaik buat Fathia.

    “Apa yang penting, jangan terlalu cepat jatuhkan hukum atau buat spekulasi,” katanya kepada pada sidang media drama Layang-Layang Perkahwinan di sini, baru-baru ini.

    Keith pernah berganding dengan Fathia dalam drama rantaian popular, Ariana Rose yang ditayangkan di TV3, kira-kira sedekad lalu.

    Tambah Keith atau nama sebenar, Foo Chuan Chin, 41, semua orang berhak menentukan jalan hidup sendiri tanpa perlu ada sesiapa menghakimi pilihan dibuat mereka.

    “Tidak kira Fathia atau sesiapa sahaja, biarlah mereka jalani kehidupan dengan cara tersendiri dan cari erti hidup masing-masing,” katanya.

    Selain Keith, drama Layang-Layang Perkahwinan arahan Eyra Rshnan menampilkan Shukri Yahaya, Ezzanie Jasny, Alya Iman, Arash Mohamad dan Datin Nina Juren. – Agensi

    Keith berpendapat semua orang berhak menentukan jalan hidup sendiri tanpa perlu ada sesiapa menghakimi pilihan dibuat mereka. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...