Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Usaha menyelamat diteruskan

    RAIGAD, INDIA, 21 JULAI – Usaha menyelamat diteruskan hari ini selepas dihentikan semalam di negeri Maharashtra, barat India, di mana kejadian tanah susur disebabkan oleh hujan lebat telah mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang, dengan ramai lagi dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan, menurut pegawai.

    Anggota penyelamat dan penjejak terlatih telah dikerahkan untuk mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan, yang berlaku lewat Rabu, menurut timbalan ketua menteri negeri, Devendra Fadnavis melalui Twitter.

    Keadaan cuaca yang teruk telah menjejaskan usaha menyelamat dan pihak berkuasa telah menghantar pasukan perubatan untuk membantu mereka yang cedera, tambahnya.

    Operasi mencari ditangguhkan malam semalam disebabkan hujan lebat dan ancaman satu lagi kejadian tanah susur pada waktu malam, menurut kenyataan Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan.- AP

    Anggota menyelamat berusaha mencari mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan.- AP

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...