Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Usaha pencarian MH370 akan diteruskan

    KUALA LUMPUR, 3 MAC – Kerajaan Malaysia berkata hari ini ia mungkin akan meneruskan pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang selepas firma teknologi Amerika Syarikat (AS) mencadangkan pencarian baharu di selatan Lautan Hindi di mana pesawat itu dipercayai terhempas 10 tahun lalu.

    Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata Ocean Infinity yang berpangkalan di Texas telah mencadangkan satu lagi tawaran ‘tiada penemuan, tiada bayaran’ untuk menjelajah dasar laut, berkembang daripada tapak di mana ia mula mencari pada 2018. Menteri itu berkata beliau telah menjemput syarikat itu untuk bertemu dengannya bagi menilai bukti saintifik baharu yang ada untuk mencari lokasi terakhir pesawat itu.

    Jika bukti itu boleh dipercayai, katanya, beliau akan mendapatkan kelulusan Kabinet untuk menandatangani kontrak baharu dengan Ocean Infinity bagi meneruskan pencarian.

    “Kerajaan teguh dengan tekad kami untuk mencari MH370,” kata Loke pada acara sempena ulang tahun ke-10 kehilangan pesawat itu. Kami sangat berharap pencarian itu dapat menemui pesawat tersebut dan memberikan kebenaran kepada waris-waris.”

    Pesawat Boeing 777 yang membawa 239 orang, kebanyakannya warga China, dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada radar sejurus selepas berlepas pada 8 Mac 2014. Data satelit menunjukkan pesawat itu menyimpang dari laluan penerbangannya dan dipercayai telah terhempas di selatan Lautan Hindi.– AP

    Seorang wanita menulis pesanan semasa acara yang diadakan di Subang Jaya kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...