Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Usaha tingkatkan peluang pekerjaan terus diperkasakan

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Usaha meningkat perekonomian melalui pengusaha tempatan dan golongan-golongan tertentu serta mewujudkan peluang-peluang pekerjaan terus diperkasakan demi sama-sama mencapai wawasan negara di bawah pimpinan Kebawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

    Dalam hal ini di beberapa kampung khususnya di Mukim Lumapas telah berjaya mengeluarkan produk-produk di bawah program Satu Kampung Satu Produk (1K1P). Maka perkara ini akan terus dipertingkatkan sehingga ke tahap yang lebih baik dan mencapai hasrat dan Wawasan Negara 2035.

    Perkara berkenaan antara yang disentuh oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin semasa menyampaikan ucapan dalam Permesyuaratan Majlis MMN bagi hari kedua yang berlangsung di Bangunan Dewan Majlis, petang tadi.

    “Di sini, kaola juga berharap pihak kerajaan sentiasa memberi kerjasama yang padu dalam menjayakan program-program yang dijayakan oleh majlis-majlis perundingan mukim dan kampung. Selain itu, diharap pihak kerajaan sentiasa meneliti dasar-dasar yang tidak sejajar antara kementerian sehingga menyulitkan urusan orang ramai disebabkan dasar-dasar yang tidak sehaluan itu,” tegasnya.

    Sebagai usaha berterusan untuk mengenal pasti dan menyelesaikan anak-anak buah kampung untuk dikelinga, Yang Berhormat Awang Amran terdahulu turut menekankan bahawa amalan turun padang perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa demi kebaikan bersama.

    “Mana-mana isu yang memerlukan tindakan pihak kerajaan, isu berkenaan akan disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan.”

    Suasana majlis MMN bersidang pada hari kedua di Bangunan Dewan Majlis, kelmarin. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...