Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Usia emas tidak halang untuk capai cita-cita

    PETALING JAYA – Bagi kalangan warga emas di Petaling Jaya, satu daripada cara supaya minda dan tubuh sentiasa kekal aktif, adalah dengan menganggotai organisasi pembelajaran sepanjang hayat seperti Association for Lifelong Learning of Older Person, juga dikenali sebagai U3A – University of the Third Age.

    Baru-baru ini, 16 pelajar daripada U3A Petaling Jaya (U3APJ) berjaya ‘bergelar graduan’ dan menerima sijil selepas berusaha dengan gigih untuk menamatkan kursus mereka.

    Bagi Ignatius Chan, 81, yang mengikuti kelas harmonika di  U3APJ sejak bulan lepas, setiap hari yang dilaluinya semakin menceriakan selepas beliau bersara lebih 20 tahun dalam sektor perbankan.

    “Ia mengimbau kembali segala kenangan kerana saya sering  bermain harmonika ketika masih muda. Muzik sememangnya menceriakan saya,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Graduasi Pertama  U3APJ baru-baru ini. Sementara itu, Presiden U3APJ Albert Teh berkata U3A adalah tempat untuk masyarakat bertemu, belajar dan berkongsi pengalaman serta kepakaran mereka.

    “Tempat ini perlu sentiasa aktif bagi menyediakan peluang kepada golongan pesara untuk bergaul dengan kumpulan yang sebaya dengan mereka, sesuatu yang banyak warga emas tidak berpeluang untuk melakukan. Ini penting kerana kalangan orang tua yang aktif lazimnya kurang menghadapi masalah kesihatan kerana sungguhpun telah bersara, warga emas boleh terus aktif dan produktif,” katanya.

    Tawaran kursus

    U3APJ menawarkan kursus bagi warga emas  berusia 50 tahun dan ke atas, sejak awal tahun ini dan kini mempunyai lebih 200 pelajar dengan menawarkan  20 kursus yang dibahagikan kepada beberapa aliran: latihan; bahasa dan komunikasi; budaya, seni dan kraftangan; kemahiran hidup; pertanian dan pembangunan diri.

    Sementara itu, Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang ketika berucap selaku tetamu kehormat pada majlis itu, berkata  U3A sangat diperlukan di Malaysia.

    “Pertubuhan komuniti seperti U3APJ sangat diperlukan di Malaysia, untuk menyediakan ruang kepada pesara dan warga emas berinteraksi, belajar kemahiran baharu dan menawarkan kepakaran serta pengalaman mereka kepada kumpulan lebih kecil. Kesemua aktiviti ini, di samping pengambilan nutrisi dan latihan fizikal, akan mempertingkatkan kesihatan mental mereka dan mengurangkan keperluan bagi penjagaan kejururawatan,” katanya. – Bernama

    Salah seorang warga emas yang berjaya menamatkan kursus mereka di U3A. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    Berita Berkaitan

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    AS catat kematian kedua akibat virus selesema burung

    WASHINGTON, 23 NOV – Seorang penduduk negeri Washington meninggal...

    Terkini

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    AS catat kematian kedua akibat virus selesema burung

    WASHINGTON, 23 NOV – Seorang penduduk negeri Washington meninggal...