Monday, March 17, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    UTB rasmi makmal sains baru

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Feb – Universiti Teknologi Brunei (UTB) mencatat satu lagi pencapaian baru hari ini dengan pembukaan Makmal Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Eco Marathon yang mempamerkan kenderaan lumba, Pahlawan III.

    Perasmian makmal berkenaan telah disempurnakan oleh Naib Canselor UTB Profesor Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, makmal tersebut bermatlamat untuk menyediakan pangkalan fizikal bagi pasukan Shell Eco Marathon UTB untuk menghasilkan kenderaan-kenderaan prototaip mereka.

    Pahlawan III berkenaan akan menyertai Pertandingan Shell Eco-Marathon Asia (SEMA) 2017 di Singapura pada 16 hingga 19 Mac 2017, yang mana Pahlawan III merupakan versi dinaik taraf daripada Pahlawan II yang bertanding di SEMA 2016 yang lalu.

    Penyertaan pelajar pada tahun ini terdiri daripada pelajar HND Kejuruteraan Mekanikal tahun akhir dan dua pelajar lagi merupakan pelajar tahun ketiga BEng (Hons) Kejuruteraan Mekatronik.

    Kumpulan Pahlawan III bergambar ramai bersama Profesor Dr. Hajah Zohrah.
    Kumpulan Pahlawan III bergambar ramai bersama Profesor Dr. Hajah Zohrah.
    Antara yang hadir pada majlis perasmian makmal baru tersebut.
    Antara yang hadir pada majlis perasmian makmal baru tersebut.

    Dengan penyertaan pelajar dalam pertandingan ini, ia memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan pengetahuan kejuruteraan dan kemahiran yang telah diperolehi semasa dalam pengajian mereka, selain membangunkan kemahiran berharga seperti kerja berpasukan, penyelesaian masalah, komunikasi dan menggunakan kreativiti dan inovasi.

    Majlis pembukaan berkenaan turut menyaksikan penerimaan rasmi sekolah pertama di bawah Bridging for the Hopes of Tommorow (BRIGHT): Adoption of School Programme, UTB.

    Sekolah Menengah Sufri Bolkiah telah dipilih sebagai sekolah pertama bagi program yang julung kalinya diadakan berkenaan.

    Program BRIGHT diperkenalkan sebagai inisiatif strategik penglibatan komuniti untuk membantu modal sains yang kukuh dalam kalangan guru dan pelajar sekolah menengah dan tertiari, di samping membangunkan pemahaman mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Brunei Darussalam.

    Penyelaras Kemajuan Profesional di UTB, Dr. Sharina Yunus di majlis itu menjelaskan bahawa menjadi inisiatif UTB untuk menyertai usaha negara dan membantu negara mencapai wawasan ini.

    Sepanjang program ini, Bright UTB akan bekerja bersama-sama dengan sekolah yang dipilih dalam membangunkan modal sains dalam kalangan pelajar.

    “Modal sains adalah satu konsep yang merujuk kepada pemahaman dan pengetahuan sains dan bagaimana kerja-kerja, faedah dan mengetahui seseorang yang bekerja berkaitan dengan sains,” tambahnya.

    Beliau seterusnya menjelaskan, tempoh program selama dua tahun itu terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat pertama untuk meningkatkan kesedaran akan pentingnya sains dan teknologi di dunia, peringkat kedua adalah untuk membangunkan minda melalui pengalaman sebenar untuk pelajar dan guru, manakala itu, peringkat ketiga adalah transformasi.

    Pada majlis itu juga, Profesor Dr. Hajah Zohrah telah menyampaikan cenderhati kepada Pengetua Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Dayangku Hajah Norahizan binti Pengiran Haji Bungsu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda