FRANKFURT, 4 JULAI – CureVac dari Jerman berkata semalam bahawa hasil ujian terakhir menunjukkan vaksin koronavirus dihasilkannya mempunyai kadar keberkesanan 48 peratus, jauh lebih rendah daripada yang dibangunkan oleh pesaing mRNA, Pfizer dan Moderna.
Hasil itu telah dijangkakan selepas data interim yang buruk dikeluarkan awal bulan ini.
Syarikat itu sebahagiannya menyalahkan ‘konteks 15 strain yang beredar’ dalam kalangan sukarelawan ujiannya, serta pelbagai tindak balas di antara kumpulan umur.
CureVac berkata vaksinnya yang dikenali sebagai CVnCoV, lebih berkesan dalam kalangan orang berusia 18 hingga 60 tahun berbanding usia yang lebih tua, dengan keberkesanannya meningkat hingga 53 peratus.
Dalam kumpulan usia 18-60 tahun yang sama, vaksin itu memberikan perlindungan 100 peratus terhadap kemasukan ke hospital dan kematian. – AFP