Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Vaksinasi kanak-kanak bermula 2 April

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksinasi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun akan dimulakan pada 2 April ini, tertakluk kepada penglihatan anak bulan Ramadan 1443H. 

    Jika anak bulan Ramadan nampak dilihat, vaksinasi kanak-kanak akan bermula pada 4 April. 

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar mengumumkan perkara itu semasa sidang media yang berlangsung di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Beliau menjelaskan, “Vaksinasi ini adalah secara sukarela iaitu atas kemahuan dan persetujuan ibu bapa atau penjaga sendiri di mana ibu bapa atau penjaga akan dipelawa untuk membawa anak-anak mereka untuk mendapatkan vaksin COVID ke pusat-pusat suntikan yang sedia ada dengan membuat tempahan slot melalui aplikasi BruHealth terlebih dahulu. 

    “Tempahan slot bagi vaksinasi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun melalui aplikasi BruHealth akan mula dibukakan pada 1 April pukul 12 tengah hari,” tambah beliau.

    Pada masa yang sama, Yang Berhormat Dato turut mengingatkan orang ramai khususnya ibu bapa dan penjaga untuk membuat dan melengkapkan proses pengesahan bagi akaun anak-anak dalam aplikasi BruHealth sebagai persediaan bagi pemberian vaksinasi tersebut.

    Sementara itu, Kementerian Kesihatan juga memaklumkan bahawa pengendalian pengurusan bagi Talian Nasihat Kesihatan 148 akan berpindah di bawah Talian Darussalam 123, Pusat Kebangsaan E-Kerajaan bermula 1 April. 

    Bermula pada tarikh tersebut, orang ramai boleh berhubung terus ke Talian Darussalam 123 bagi apa jua pertanyaan mengenai COVID. Mana-mana panggilan yang dibuat ke Talian Nasihat Kesihatan 148 akan disalurkan secara automatik ke Talian Darussalam 123.

    Yang Berhormat Dato turut mengumumkan bahawa bermula 1 Ramadan, Sidang Media Harian Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam akan diadakan pada pukul 2 petang setiap hari bekerja dan 4 petang pada setiap Jumaat, Ahad dan hari kelepasan awam.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa menjelaskan perkara berkenaan dalam sidang media tersebut.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...