Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Var bantu gunners ikat united

    MANCHESTER, 1 OKT – Jaringan Pierre-Emerick Aubameyang pada separuh masa kedua, dengan bantuan VAR, telah menafikan kemenangan yang sangat diperlukan Manchester United untuk menghidupkan musim mereka apabila Arsenal meninggalkan Old Trafford dengan keputusan seri 1-1 awal pagi tadi.

    Ledakan kencang Scott McTominay telah memberikan United pendahuluan di hujung separuh masa pertama.

    Bagaimanapun skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer gagal bertahan bagi meraih tiga mata apabila gol Aubameyang ketika perlawanan menghampiri sejam telah diberikan oleh VAR meskipun pemain antarabangsa Gabon itu pada mulanya dikatakan ofsaid.

    United kini hanya memenangi dua daripada 12 perlawanan Liga Perdana terakhir mereka sejak musim lepas dan kini 12 mata di belakang pendahulu Liverpool hanya selepas tujuh perlawanan dalam kempen ini.

    Satu mata sudah cukup untuk membawa Arsenal kembali di kedudukan empat teratas melalui perbezaan jaringan dan mengekalkan kelebihan tiga mata mereka ke atas United, yang berada di kedudukan ke-10.

    Selama beberapa tahun pertem-bungan antara kedua-dua pasukan ini perlawanan yang dinanti-nantikan dalam Liga Perdana. United dan Arsenal merupakan juara England selama sembilan musim berturut-turut antara 1996 dan 2004.

    Namun, hakikat yang dihadapi ketika ini, di mana kedua-duanya tidak beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara minggu ini, dapat dilihat pada aksi kurang berkualiti pada separuh masa pertama.

    Ia memerlukan 28 minit bagi kedua-dua penjaga gol diuji, apabila penjaga gol Arsenal Bernd Leno menyelamatkan percubaan leret Andreas Pereira.

    United masih belum menjaringkan lebih daripada satu gol dalam mana-mana perlawanan sejak kemenangan 4-0 ke atas Chelsea pada pembukaan musim, dan meskipun menentang Arsenal yang sudah meloloskan sembilan gol dalam empat aksi terakhir liga, United masih kelihatan tumpul di depan gawang. – AFP

    Antara aksi menarik dalam perlawanan di Old Trafford yang menyaksikan Man United terikat seri 1-1 menentang Arsenal. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda