Thursday, January 9, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Venezuela putuskan hubungan diplomatik dengan Paraguay

    CARACAS, 7 JAN – Kerajaan Venezuela pada Isnin memutuskan hubungan diplomatik dengan Paraguay dan memanggil pulang kakitangan diplomatiknya dari negara itu sebagai protes terhadap sokongan Presiden Paraguay, Santiago Pena kepada calon presiden pembangkang, Edmundo Gonzalez Urrutia, lapor Xinhua.

    “Republik Bolivarian Venezuela telah memutuskan dalam melaksanakan se-penuhnya kedaulatannya, untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Republik Paraguay dan melaksanakan penarikan balik segera kakitangan diplomatiknya yang diakreditasi di negara itu,” menurut kenyataan Kementerian Luar Venezuela.

    Pada Ahad, Presiden Paraguay menyatakan sokongannya kepada Gonzalez Urrutia melalui panggilan telefon, dan mengesahkan pengiktirafan beliau sebagai pemenang pilihan raya presiden di Venezuela yang diadakan pada 28 Julai 2024.

    Sebagai tindak balas, kerajaan Venezuela menolak kenyataan Pena, menuduh pemimpin Paraguay itu mengabaikan ‘undang-undang antarabangsa dan prinsip tidak campur tangan.’

    Caracas turut mengulangi ‘komitmennya untuk mempertahankan demokrasi, keamanan dan penentuan nasib sendiri rakyat.’

    Pada 10 Januari, Nicolas Maduro dijadual mengangkat sumpah sebagai presiden bagi penggal 2025-2031 berikutan kemena-ngannya dalam pilihan raya baru-baru ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda