Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Verizon teruskan pembelian Yahoo

    SAN FRANCISCO, 22 Feb – Pengurangan harga semalam telah membolehkan Verizon untuk meneruskan dengan pembelian perniagaan internet Yahoo, dan mengongsikan kos dari dua penggodaman epik yang mengancam akan menjejaskan urusan itu.

    Yahoo telah mengurangkan harga perniagaan terasnya iaitu perniagaan Internet dengan AS$350 juta.

    Pengumuman itu melenyapkan kebimbangan bahawa serangan siber dan bagaimana ia ditangani oleh firma yang beribu pejabat di California mungkin mencepatkan pemerolehan atau membawa kepada pengurangan harga yang semakin besar.

    “Pada tahap ini saya berpendapat Verizon jauh ke dalam laluannya, dan pengunduran akan mengaibkan,” penganalisis, Rob Enderie dari Enderie Group memberitahu AFP.

    Namun dia berkata “Saya akan berjalan pergi. Itu adalah jenis pertaruhan bodoh.”

    Di bawah syarat yang dikaji semula bagi urusan yang tertangguh, pembelian aset-aset Yahoo oleh Verizon akan berjumlah AS$4.48 bilion. – AP
    Di bawah syarat yang dikaji semula bagi urusan yang tertangguh, pembelian aset-aset Yahoo oleh Verizon akan berjumlah AS$4.48 bilion. – AP

    Di bawah syarat yang dikaji semula bagi urusan yang tertangguh, pembelian aset-aset Yahoo oleh Verizon akan berjumlah AS$4.48 bilion.

    Yahoo masih berdepan penyiasatan dan tindakan mahkamah berkaitan serangan siber, yang menjejaskan lebih 1.5 bilion akaun dan tempoh pendedahan.

    Yahoo pada September lalu telah mengumumkan bahawa para penggodam pada tahun 2014 telah mencuri data peribadi dari lebih 500 juta akaun penggunanya. Dan pada Disember ia mengakui satu lagi serangan siber dari 2013 yang menjejaskan lebih satu bilion pengguna.

    “Penggodaman besar, pendedahan disangsikan, keputusan teruk kesemuanya telah menyumbang kepada penurunan nilai dan dengan demikian Verizon perlu merundingkan semula usahanya bagi aset Yahoo itu,” penganalisis Endpoint Technologies Associates, Roger Kay berkata dalam ulasan yang dihantar melalui e-mel.

    Namun Verizon ingin sekali meluaskan capaiannya ke dalam pengiklanan digital, meskipun transaksi berdepan kekecewaan disebabkan penggodaman.

    “Kami sentiasa percaya pemerolehan ini adalah kebijakan strategik,” kata timbalan presiden eksekutif Marni Walden.

    “Kami menanti untuk mengorak langkah ke hadapan dengan cepat supaya kami boleh dengan segera menyambut bakat hebat Yahoo dan juga aset ke dalam portfolio meluas kami dalam ruang pengiklanan digital.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda