Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Verstappen dominasi GP Malaysia

    SEPANG, Malaysia, 2 Okt – Max Verstappen dari Red Bull memenangi perlumbaan terakhir Grand Prix Malaysia semalam ketika Lewis Hamilton dari Mercedes menamatkan perlumbaan di tangga kedua untuk melanjutkan pendahuluannya dalam kejuaraan itu ke atas Sebastian Vettel kepada 34 mata.

    Verstappen, yang meraikan ulang tahunnya yang ke-20 sehari lebih awal, mengatasi Hamilton yang berada di petak utama pada pusingan keempat sebelum mencatatkan kemenangan kedua dalam kerjayanya dan yang pertama musim ini.

    Pemandu Mercedes, Hamilton menamatkan tangga kedua dengan Daniel Ricciardo dari Red Bull di tempat ketiga dan Vettel, yang bermula di bahagian belakang grid di tempat keempat.

    Dengan berbaki lima perlumbaan, Hamilton menghampiri gelaran tetapi Ferrari memiliki hujung minggu yang perlu dilupakan, selepas Kimi Raikkonen tidak dapat memulakan perlumbaan di grid dan Vettel kehilangan roda belakang dalam satu kemalangan aneh selepas garisan penamat.

    Pemandu Red Bull, Verstappen dari Belanda menjulang trofi kemenanganya selepas menjuarai GP Malaysia yang terakhir. – AP

    Verstappen memenangi dengan hampir 13 saat dari Hamilton untuk mewarnai musimnya yang sukar selepas dia gagal untuk menamatkan tujuh perlumbaan dan hanya sekali sampai di atas podium.

    Hamilton mengakui Mercedes adalah kedua terbaik. “Tahniah kepada Max dan selamat ulang tahun, dia melakukan tugas yang menarik hari ini(kelmatin),” katanya.

    “Perlumbaan itu adalah yang sukar, jelas mereka mengatasi kami hari ini (kelmarin) saya dalam keadaan baik tetapi saya rasa kami perlu melakukan beberapa tugasan ke atas kereta. Kami tidak memiliki kelajuan itu minggu ini.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda