Wednesday, April 23, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vettel, Alonso sokong ‘Halo’

    BUDAPEST, 28 Julai – Pendahulu kejuaraan dunia, Sebastian Vettel percaya ia mungkin ‘tidak sesuai dan bodoh’ bagi Formula Satu (F1) untuk tidak memperkenalkan kokpit perlindungan kepala ‘Halo’ terbaru pada tahun depan.

    Pemandu dari Jerman berusia 30 tahun itu yang memburu kemenangan bagi pasukan Ferrari dalam Grand Prix Hungary pada Ahad ini, menambah bahawa kematian Justin Wilson dari Britain dalam satu perlumbaan Indycar pada 2015 sudah cukup untuk membuktikan perkara tersebut.

    Bercakap kepada wartawan menjelang perlumbaan ke-11 musim ini sebelum rehat musim panas F1 Eropah, dia disokong dengan juara dunia sebanyak dua kali, Fernando Alonso.

    “Saya memilih, saya positif mengenai Halo,” kata pemandu McLaren, Alonso.

    Sebastian Vettel (kiri) dari Ferrari dan pemandu McLaren, Fernando Alonso ketika menghadiri sidang media di Litar Hungaroring, Hungary. - AP
    Sebastian Vettel (kiri) dari Ferrari dan pemandu McLaren, Fernando Alonso ketika menghadiri sidang media di Litar Hungaroring, Hungary. – AP

    “Saya rasa jika perlindungan di kepala kami boleh menyelamatkan satu nyawa, ia begitu berharga untuk dipasang.”

    Vettel, yang berkata dia merasa pening selepas mencubanya sebelum Grand Prix British di Silverstone dua minggu lalu, berterus terang dalam sokongannya bagi peralatan tersebut, yang tidak dipuji secara meluas, atas alasan estetik, oleh padok F1. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda