Sunday, March 16, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vettel buru kemenangan pertama

    SPA-FRANCORCHAMPS, 29 OGOS – Sebastian Vettel (gambar bawah) berharap dapat memperbaiki musimnya bersama Ferrari minggu ini dan mengejar kemenangan pertama selepas lebih setahun apabila Formula Satu (F1) kembali beraksi di Grand Prix Belgium.

    Juara dunia empat kali itu memenangi perlumbaan di Litar Spa-Francorchamps, namun tidak lagi bergelar juara sejak itu sekali gus perlu menggunakan kelebihan jentera Ferrari sepenuhnya untuk menambah koleksi kemenangannya yang terhenti pada angka 52.

    “Ini adalah litar legenda dan ia salah satu kegemaran saya,” kata pelumba Jerman itu menjelang perlumbaan pada Ahad ini apabila dia dan seluruh warga F1 kembali selepas cuti pertengahan musim panas Eropah.

    “Ada pendakian dan menurun dan sebahagiannya melalui hutan – apabila anda belajar dan faham, mustahil anda tidak menyukainya.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda