Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Victoria Beckham, menantu pernah dituduh tak sebulu

    Nampaknya semua khabar angin tentang hubungan penyanyi Victoria Beckham dan menantunya iaitu Nicola Peltz Beckham, 29, sudah berakhir.

    Victoria, 49, baru-baru ini menghantar ucapan hari jadi buat Nicola di Instagram dengan menggelar menantunya sebagai seorang yang baik hati, berbakat serta pandai menari.

    “Selamat hari jadi Nicola Anne Peltz Beckham. Kami menyayangi kamu! Kasih sayang kamu, kebaikan, bakat dan kebolehan kamu mencari di atas pasir pantai cukup mengagumkan.

    “Kamu juga adalah seorang menantu yang penyayang,” katanya.

    Victoria turut memuat naik video ketika Nicola dan anak lelakinya Brooklyn Beckham, 24, berkahwin pada 2022 sedang bergembira di tepi pantai sambil menari.

    Ucapan itu juga bukti tiada sebarang perselisihan faham di antara Victoria dan Nicola yang kecoh sebelum ini.

    Memetik laporan mStar, Nicola sendiri pernah menyangkal tuduhan itu dengan memanggil Victoria dan David Beckham sebagai mentua yang baik.

    Gosip mengatakan mereka tidak sebulu timbul selepas Nicola dikatakan enggan memakai gaun pengantin rekaan Victoria sebaliknya memilih jenama terkemuka dunia, Valentino. – Agensi

    Hubungan Victoria dan menantunya Nicola tiada masalah. – Radaronline.com
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...