Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Video muzik Bejeweled raih sejuta tontonan dalam sejam

    Hanya selepas satu jam video dilancarkan, video muzik Bejeweled penyanyi pop terkenal, Taylor Swift, 33, berjaya meraih satu juta tontonan menerusi saluran YouTube, kelmarin.

    Video muzik Bejeweled yang juga single kedua dimuatkan dalam album ke-10 berjudul Midnights dipertontonkan pada tengah malam Isnin (waktu Amerika Syarikat).

    Karya ciptaan Swift itu mengetengahkan mengenai keyakinan diri, di mana Swift menampilkan kisah klasik Cinderella lakonan aktres Laura Dern sebagai ibu tiri, manakala adik-beradik Esle, Helena dan Danielle Haim sebagai kakak tiri. Penerbit dan penulis, Jack Antonoff pula tampil sebagai putera.

    Menerusi rancangan The Tonight Show, Swift berkongsi, video muzik arahannya itu menggunakan sejumlah besar telur Easter dalam visual diketengahkan.

    “Kami ada satu fail PDF yang mengandungi telur Easter untuk video muzik ini. Sebab, ia terlalu banyak sehingga membuatkan sukar untuk menguruskan,” katanya kepada hos program, Jimmy Fallon.

    Video muzik Bejeweled dilancarkan sebaik sahaja Swift berjaya mengatasi beberapa rekod jualan dan penstriman dengan album Midnights pada 21 Oktober lalu.

    Mengikut laporan The Los Angeles Times, selepas tiga hari dilancarkan, Midnights berjaya menjadi album paling laris dijual, tahun ini. – Agensi

    Hanya selepas satu jam, video muzik Bejeweled berjaya meraih satu juta tontonan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...