Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Vietjet beli 20 pesawat A330-900

    SINGAPURA, 22 FEB – Syarikat penerbangan gergasi Eropah, Airbus berkata hari ini bahawa syarikat penerbangan Vietnam, Vietjet Air telah bersetuju untuk membeli 20 pesawat A330-900 miliknya.

    Vietjet menandatangani memorandum persefahaman dengan Airbus untuk pesawat berbadan lebar itu, yang akan menggantikan armada pesawat A330-300 yang dipajaknya ketika ini, kata Airbus dalam satu kenyataan.

    “Kami teruja untuk bekerjasama dengan Vietjet pada fasa pengembangan seterusnya syarikat penerbangan itu,” kata Christian Scherer, ketua eksekutif perniagaan pesawat komersial Airbus.

    Apabila dimuktamadkan, tempahan itu akan menjadi pembelian pesawat badan lebar terbesar Vietjet, kata syarikat penerbangan itu.

    Benoit de Saint-Exupery, naib presiden eksekutif jualan di perniagaan pesawat komersial Airbus, menyifatkan perjanjian itu sebagai ‘komitmen untuk membeli’ oleh Vietjet semasa taklimat di Singapore Airshow.

    Exupery berkata firma itu menjangkakan perjanjian itu akan dimuktamadkan ‘dalam beberapa minggu akan datang’, dan penghantaran pertama akan dilakukan pada 2026.

    Syarikat bajet Vietjet mengendalikan 110 buah pesawat dan beroperasi sekitar 30 laluan antarabangsa. – AFP

    Benoit de Saint-Exupery (tengah) menyerahkan model pesawat kepada CEO Vietjet, Dinh Viet Phuong di Singapura pada 22 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...