Sunday, February 2, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vietnam, Kemboja minat berdagang guna mata wang tempatan

    KUALA LUMPUR, 17 OKT – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Vietnam dan Kemboja menunjukkan minat untuk berdagang dengan rakan ASEAN menggunakan mata wang tempatan sebagai satu langkah untuk mengurangkan kebergantungan kepada dolar Amerika Syarikat (AS).

    “Malaysia merupakan negara ASEAN yang agresif mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS dan setakat ini kita mendapat sambutan. 

    “Malah kita baru sahaja memeterai perjanjian di Sidang Kemuncak ASEAN tahun ini supaya negara-negara lain seperti Vietnam dan Kemboja ikut serta.

    “Kedua-dua negara itu (Vietnam dan Kemboja) telah memberi perakuan melalui perjanjian Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan (LCSF) yang dimeterai baru-baru ini,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

    Jelasnya, Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh juga telah mengarahkan rundingan penggunaan mata wang tempatan untuk urusan perdagangan dipercepatkan.

    Vietnam merupakan rakan dagang ke-10 Malaysia. – Bernama

    Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bercakap pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda