Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Vietnam undi ketua Dewan Negara baharu

    HANOI, 20 MEI – Dewan Negara Vietnam mengundi pengerusi baharunya hari ini, selepas ketua sebelum ini berundur diri kerana terlibat dalam tindakan membanteras rasuah.

    Tran Thanh Man, 61, kini merupakan salah seorang daripada empat pemimpin paling berkuasa di negara Asia Tenggara itu selepas undian sebulat suara.

    “Ia satu penghormatan besar saya akan menumpukan diri untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya kepada perhimpunan selepas pengundian.

    Ribuan orang termasuk pegawai atasan dan pemimpin perniagaan kanan, telah terperangkap dalam kempen anti-rasuah yang digelar ‘relau api’ Vietnam, yang diketuai oleh Setiausaha Agung Parti Komunis Nguyen Phu Trong.

    Man, sebelum ini timbalan pengerusi dewan, menggantikan Vuong Dinh Hue, yang meletak jawatan bulan lalu kerana ‘pelanggaran dan salah laku’, menurut parti itu.

    Parti Komunis pada Sabtu mencalonkan menteri keselamatan awam To Lam sebagai presiden baharu negara itu selepas pemimpin sebelumnya turut meletak jawatan.

    Vo Van Thuong meletak jawatan pada Mac selepas hanya setahun dalam jawatan itu dan Lam mungkin akan disahkan sebagai presiden pada Rabu. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...