Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Dua maut ditikam di sekolah rendah China

    BEIJING, 20 MEI – Seorang wanita yang menghunus pisau buah telah membunuh dua orang dan mencederakan empat lagi hari ini di sebuah sekolah rendah di tengah China, kata media kerajaan memetik laporan polis tempatan.

    Serangan itu berlaku sekitar tengah hari di bandar Guixi di wilayah Jiangxi, kata penyiar negeri CCTV.

    Dua orang maut selepas usaha menyelamat gagal. Empat lagi mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa dan enam lagi mengalami calar kecil, katanya.

    CCTV tidak menyatakan umur mangsa. Suspek, bernama Pan berusia 45 tahun, ditahan polis dan kes itu dalam siasatan, menurut CCTV.

    Jenayah keganasan besar-besaran jarang berlaku di China, yang melarang sekeras-kerasnya rakyat daripada memiliki senjata api, tetapi terdapat beberapa kejadian tikaman dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

    Bulan ini, dua orang terbunuh dan 21 cedera selepas seorang lelaki melakukan tikaman di sebuah hospital di wilayah Yunnan, barat daya China. Pada Ogos lalu di wilayah yang sama, dua orang maut dan tujuh lagi cedera selepas seorang lelaki yang mempunyai sejarah penyakit mental menyerang orang dengan pisau. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...