Sunday, March 16, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Villa bangkit ikat United

    MANCHESTER, 2 DIS – Manchester United dikecewakan walaupun berada dalam kedudukan selesa ketika mendahului pada separuh masa kedua apabila terikat 2-2 di laman sendiri ketika bertemu dengan Aston Villa, kelmarin.

    Jack Grealish meletakkan Villa di hadapan dengan gerakan solo yang menarik, tetapi United menyamakan kedudukan sebelum waktu rehat apabila tandukan Marcus Rashford terkena tiang gol dan mengakibatkan penjaga gol Villam Tom Heaton menjaringkan gol sendiri sebelum Victor Lindelof menanduk masuk gol tuan rumah.

    Tetapi seminggu selepas pemain Ole Gunnar Solskjaer menyerah kalah ketika terikat 3-3 dengan Sheffield United, mereka tidak belajar daripada kesilapan lepas apabila Tyrone Mings menyamakan kedudukan dan memberikan mata buat Villa.

    Kehilangan empat mata dalam kedua-dua perlawanan itu telah menutup ruang United untuk naik ke tangga kelima dalam kedudukan liga.

    Sebaliknya mereka menduduki tangga ke sembilan dan ketinggalan dua mata di belakang Tottenham yang telah berkunjung ke Old Trafford pada Rabu dengan ketua baru Jose Mourinho yang cuba untuk membalas dendam terhadap kelab yang telah memecatnya 11 bulan lalu.

    “Saya tidak akan duduk di sini bercakap tentang kami di kedudukan kelima, jika kami memperoleh lebih banyak gol,” kata Solskjaer.

    Kedudukan liga pada masa ini bukan masalah utama, kerana persaingan sangat sengit. Saya hanya perlu memastikan kami mencatat prestasi untuk tiga atau empat perlawanan dan mendapat keputusan yang memberangsangkan. – AFP

    Marcus Rashford berebut untuk mendapatkan bola dengan pemain Aston Villa Matt Targett dan Jack Grealish semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda