Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Villarreal cipta kemenangan sensasi

    BARCELONA, 28 JAN – Impian Barcelona mempertahankan kejuaraan hancur ketika Villarreal mencipta kemenangan sensasi 5-3 dalam La Liga kelmarin, dengan tiga gol di minit akhir permainan.

    Selepas Real Madrid mendahului dua mata di depan Girona di tangga teratas liga dengan kemenangan di Las Palmas, tekanan jelasnya diberikan ke atas skuad juara bertahan pimpinan Xavi Hernandez, di tempat ketiga.

    Dalam perlawanan yang menyaksikan corak permainan yang sentiasa berubah, Gerard Moreno dan Ilias Akhomach telah meletakkan Villarreal dua gol di hadapan sebelum Barcelona bangkit.

    Ilkay Gundogan dan Pedri menjaringkan gol sebelum Eric Bailly menanduk masuk ke gawangnya sendiri untuk memberikan mata pendahuluan kepada tuan rumah.

    Bagaimanapun, Goncalo Guedes merembat masuk pada minit ke-84 sebelum jaringan Alexander Sorloth dan Jose Luis Morales pada masa kecederaan meninggalkan Barcelona sepuluh mata di belakang pencabarnya, Real Madrid.

    “Ia bukan perlawanan yang bagus, tetapi jika awda ketinggalan dua gol dan kemudian 3-2, awda tidak boleh melepaskannya,” kata pemain tengah Barcelona, Frenkie de Jong kepada DAZN.

    Xavi membawa masuk Joao Felix dan pemain tengah, Oriol Romeu, dari pasukan yang tewas pada masa tambahan menentang Athletic Bilbao dalam Copa del Rey pada pertengahan minggu, serta pemain pertahanan muda, Hector Fort.

    Selepas penyingkiran itu dan dibelasah oleh Madrid dalam perlawanan akhir Piala Super Sepanyol, Barcelona hanya tinggal aksi La Liga dan Liga Juara-juara.

    Sementara itu, ia merupakan kemenangan pertama Villarreal dalam lima perlawanan dalam semua pertandingan dan kali pertama jurulatih mereka Marcelino menentang Barcelona dalam 21 perlawanan. – AFP

    Aksi Gundogan semasa perlawanan di Estadi Olimpic Lluis Companys di Barcelona pada 27 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...