Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Drake dibenci rakan rapper kerana berkulit cerah

    Gara-gara berkulit cerah, penyanyi rap popular Drake dibenci oleh rakan-rakan industri.

    Perkara tersebut dikongsikan oleh penyanyi rap berasal Amerika iaitu Lil Wayne.

    “Dia dibenci kerana warna kulitnya cerah. Ya, itu sejarah Amerika sejak dahulu lagi,” katanya.

    Wayne berkongsi perkara itu dalam siaran podcast The Richard Sherman.

    Memetik laporan mStar, Wayne ketika itu ditanya punca Drake dibenci dalam kalangan penyanyi rapper.

    Jelas Wayne, sebagai seorang yang berkulit gelap, dia juga mengakui yang dia mempunyai perasaan benci terhadap golongan berkulit cerah.

    “Saya juga benci semua lelaki berkulit cerah di sekolah. Ya, inilah Amerika,” katanya. – Agensi

    Drake dibenci kerana warna kulitnya. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...