Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Virgin Atlantic guna SAF bagi penerbangan rentas-Atlantik pertama

    LONDON, 28 NOV – Syarikat penerbangan Virgin Atlantic menggunakan bahan api lestari (SAF) bagi penerbangan rentas-Atlantik pertama dan dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow di London hari ini.

    Virgin Atlantic akan mengendalikan penerbangan ke New York JFK dengan pesawat Boeing 787 Dreamliner.

    Pengasas Virgin, Sir Richard Branson, Setiausaha Pengangkutan UK, Mark Harper dan ketua eksekutif Virgin Atlantic, Shai Weiss antara penumpang yang menaiki pesawat itu.

    Pihak Berkuasa Penerbangan Awam menyemak pelbagai aspek penerbangan sebelum meluluskan permit operasi, termasuk analisis ujian darat dengan enjin beroperasi menggunakan 100 peratus SAF, lapor PA Media.

    Pada Disember 2022, Virgin Atlantic telah dianugerahkan sehingga AS$1.26 juta oleh kerajaan United Kingdom bagi merancang dan mengendalikan penerbangan demi menunjukkan keberkesanan SAF.

    Pesawat Virgin Atlantic digambarkan di Lapangan Terbang Manchester, barat laut England pada 8 Jun 2020. – AFP

    SAF dilihat sebagai elemen penting untuk mengurangkan pelepasan karbon industri penerbangan tetapi penghasilannya menelan kos lebih tinggi berbanding bahan api konvensional.

    Ia hanya merangkumi kira-kira 0.1 peratus daripada bahan api penerbangan yang digunakan di seluruh dunia.

    SAF diperbuat daripada sumber mampan seperti sisa pertanian dan minyak masak terpakai, mampu mengurangkan kira-kira 70 peratus karbon.

    Awal bulan ini, Syarikat Amerika Syarikat, Gulfstream Aerospace mengendalikan penerbangan rentas-Atlantik pertama menggunakan jet persendirian dan dikuasakan oleh 100 peratus SAF.

    Penerbangan Virgin Atlantic akan menjadi pesawat penumpang yang pertama seumpamanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...