Thursday, March 20, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Virgoun ambil dadah sebab nak kurus

    Susulan dicekup akibat penyalahgunaan dadah, penyanyi Virgoun memberi alasan mengambil bahan terlarang itu kerana ingin menguruskan badan.

    Polis Metro Jakarta Barat, M Syahduddi berkata, itu bukan kesalahan pertama Virgoun membabitkan dadah sebaliknya penyanyi itu pernah terjebak dengan perkara sama sekitar 12 tahun lalu.

    “Virgoun menggunakan dadah sebab ingin menurunkan berat badan.

    “Dia pernah mengambil dadah 12 tahun lalu dan kemudiannya berhenti. Sekarang dia buat lagi,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Jakarta, Indonesia, kelmarin.

    Dalam pada itu, polis turut mendedahkan Virgoun mendapat bekalan dadah daripada salah seorang kenalan yang juga pemuzik.

    Virgoun bakal berdepan hukuman penjara empat tahun. – voi.id

    Kata Syahduddi, lelaki yang dikenali sebagai ‘BH’ itu sudah pun ditahan polis berhubung kaitannya dengan kes dadah Virgoun.

    Pada 20 Jun lalu, Virgoun dan seorang wanita ditahan pihak berkuasa di sebuah rumah di Ampera, Jakarta Selatan.

    Memetik laporan mStar, penyanyi itu ditahan selepas didapati mengambil barang terlarang dan polis turut merampas dadah jenis syabu seberat 0.2 gram selain alatan menghisap ketika serbuan.

    Virgoun dan wanita yang bersamanya turut positif dadah selepas ujian air kencing dilakukan.

    Jika disabit kesalahan, Virgoun boleh dikenakan hukuman penjara empat tahun mengikut undang-undang berkaitan dadah di Indonesia.

    Untuk rekod, Virgoun pernah mendirikan rumah tangga bersama Inara Rusli selama 10 tahun sebelum bercerai tahun lalu.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya’ir Virgoun dan Terang Sharique Virgoun.

    Sejak itu, kehidupan penyanyi berkenaan sering dilanda masalah berpunca daripada tekanan akibat penceraian. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda