Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vlahovic jalani ujian kecergasan di Juventus

    TURIN, 28 JAN – Penyerang Fiorentina, Dusan Vlahovic akan menjalani ujian kecergasan di Juventus hari ini untuk melengkapkan salah satu pembelian terbesar dalam jendela perpindahan Januari ini.

    Juventus mengeluarkan video melalui Twitter menunjukkan Vlahovic menandatangani autograf dan bergambar bersama peminat sebelum masuk ke kemudahan perubatan Juventus.

    Juventus dilaporkan akan membayar Fiorentina AS$75 juta untuk khidmat Vlahovic, termasuk kemungkinan tambahan AS$8 juta.

    Pemain berusia 21 tahun ini setakat ini meledak 20 gol dalam 24 perlawanan dalam semua kejohanan untuk Fiorentina musim ini dan berkongsi kedudukan selaku penja-ring terbanyak Serie A, bersama-sama penyerang Lazio, Ciro Immobile.

    Ketika ini berada di kedudukan kelima, Juventus bergelut mencari pengganti Cristiano Ronaldo sejak perpindahan pemain itu ke Manchester United pada hujung musim lalu dan hanya menjaringkan 34 gol musim ini – paling sedikit berbanding mana-mana 10 pasukan teratas di liga Itali, selain daripada Torino.

    Vlahovic mungkin menjadi pemain sempurna untuk membantu pasukan, setelah menyamai rekod jaringan Ronaldo sebanyak 33 gol dalam masa setahun. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda