Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Wakil Brunei menang Pertandingan YSUP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke ASEAN baru-baru ini telah menamatkan Pertandingan Youth Sustainable Project (YSUP) 2024.

    Pertandingan tahunan itu mengumpulkan belia ASEAN dari semua 10 negara anggota ASEAN dengan pelbagai projek yang terdiri daripada teknologi perubatan hingga pengurusan sisa dan kesihatan mental.

    Daripada 152 penyertaan, 10 projek terbaik telah dipilih berdasarkan kaitannya dengan topik Global Gateway Priorities dan European Green Deal, serta potensinya untuk ditingkatkan.

    Sepuluh projek yang memenangi pertandingan itu meliputi isu iklim dan tenaga, ekonomi pekeliling, kesihatan, digital, pertanian, biodiversiti, pendidikan dan penyelidikan dan menerima siri bimbingan mengenai EU-ASEAN Green Business Landscape and Project Communications untuk mengukuhkan lagi projek masing-masing.

    YSUP pertama kali dilancarkan pada 2021 bertujuan bagi menyediakan platform untuk membawa belia ASEAN ke peringkat global sebagai masa depan ASEAN. Pertandingan itu diperkenalkan oleh Delegasi EU ke ASEAN dengan kerjasama Sekretariat ASEAN mengenai pelbagai tema dan keutamaan strategik yang berbeza.

    Gambar Freepik

    Salah seorang daripada 10 pemenang itu ialah Awang Muhammad Syazwan Asnawi bin Rosman dari Negara Brunei Darussalam. Melalui projek Green Depot, beliau menggalakkan belia Brunei untuk melibatkan diri secara aktif dalam pelaksanaan ekonomi pekeliling.

    “Kitar semula sentiasa menjadi cabaran di negara ini kerana kekurangan infrastruktur dan insentif yang rendah,” kata Syazwan.

    Green Depot menawarkan sistem dalam talian di mana pengguna boleh merekodkan kitar semula mereka dan mengumpul mata yang boleh ditukar kepada ganjaran tunai.

    Sejak penubuhannya pada Disember 2018, Green Depot telah berjaya mengumpul lebih 100,000 kilogram barang kitar semula. Bagi memperkasakan lagi misinya, Green Depot turut mengadakan ceramah sekolah bagi mendidik generasi muda.

    “Kami berharap melalui inisiatif itu, kami dapat menyumbang ke arah masa depan yang lebih hijau,” jelas Awang Muhammad Syazwan.

    Tambahnya lagi, mereka percaya bahawa dengan menyebarkan acara tersebut ia dapat meningkatkan dan menyokong komuniti belia ASEAN dalam membangunkan kreativiti mereka dan meningkatkan kesedaran mengenai isu kritikal yang berlaku pada masa ini. Dengan menyebarkan acara ini, ia akan memberikan impak yang besar kepada belia dan masyarakat bagi menyokong sasaran pembangunan yang mampan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...