Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Wan Junaidi dilantik Yang Dipertua Negeri Sarawak

    KUALA LUMPUR, 26 JAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan.

    Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau turut mendoakan agar pengalaman bekas Yang Dipertua Dewan Negara dan Ahli Parlimen Santubong itu mampu memberi manfaat kepada rakyat Sarawak.

    “Menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak di Istana Negara yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

    “Tahniah saya ucapkan kepada Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar atas pelantikan ini dengan doa semoga khidmat dan pengalaman panjang Tun dihargai serta dimanfaatkan rakyat terutamanya rakyat Sarawak,” kata beliau.

    Wan Junaidi menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang memegang jawatan Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh selama 10 tahun sejak Mac 2014.

    Pelantikan Wan Junaidi sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak dibuat mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun dari 26 Januari 2024 hingga 26 Januari 2028. – Bernama

    Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan berkuat kuasa semalam. Turut hadir isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...