Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tiga pelanggan bertuah diraikan

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Tiga pelanggan bertuah kempen Dine & Win Grand Shopping Spree anjuran Ayamku dengan kerjasama Kingston Beverage & Creamery yang memenangi hadiah baucar membeli-belah pada majlis penyampaian hadiah baru-baru ini, telah menyertai sesi Shopping Spree di Grand Concept Store, Jerudong, hari ini.

    Awang Mohd Arif bin Haji Mohd Ridhuan yang memenangi hadiah utama berupa baucar bernilai $1,200, Awang Jazman bin Nasri di tempat kedua memenangi baucar bernilai $800 dan di tempat ketiga, Awang Latif bin Muhammad memenangi baucar bernilai $500, masing-masing diberikan masa satu jam untuk membelanjakan baucar masing-masing.

    Hadir menyaksikan acara berkenaan ialah Pengurus Ayamku, Steven Chai Ming Fui dan kakitangan kedua-dua syarikat berkenaan.

    Menurut kenyataan yang diberikan, dari pertengahan November hingga penghujung Disember lalu, pelanggan Ayamku yang membeli set hidangan promosi terpilih layak menyertai cabutan berkenaan.

    Promosi tahunan Dine & Win adalah sebahagian daripada program Ayamku dalam memberikan balik kepada orang ramai atas sokongan berterusan mereka terhadap rangkaian makanan segera tempatan.

    Pemenang bergambar ramai selepas membelanjakan baucar yang dimenangi. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...