Monday, October 14, 2024
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wan Sharmila dapat hadiah ketika di Masjid Nabawi

    Comel! Pelakon Wan Sharmila tidak dapat menahan rasa gembira apabila seorang kanak-kanak datang memeluk dan mencium pipinya ketika berada di Masjid Nabawi, Madinah.

    Wan atau Wan Sharmila Wan Mohamed, 43, menyifatkan momen berkenaan sebagai hadiah istimewa buatnya ketika mengerjakan ibadah umrah.

    “Lepas Lala (panggilan Wan) habis solat sunat dia terus datang nak peluk. Bahagianya rasa Allah datangkan budak comel untuk Lala lepaskan rasa sayang dan rindu.

    “Hadiah istimewa hari ini di Masjid Nabawi. Adik comel nama dia Zaharah dari Pakistan ini suka kat saya kot.

    “Bahagia itu apabila ada insan yang ikhlas dekat dengan kita. Dan bahagia itu apabila Lala dapat kenyam budak bambam itu,” katanya, menurut laporan mStar.

    Warganet memuji keramahan Wan melayan kanak-kanak berkenaan. – mStar

    Wan berkongsi perkara itu menerusi hantaran video memaparkan aksi mesra kanak-kanak itu memeluknya di Instagram pada Sabtu.

    Dalam pada itu, Wan percaya pertemuan dengan kanak-kanak itu bukanlah suatu kebetulan sebaliknya adalah ketentuan Ilahi.

    “Kita tak berjumpa seseorang secara kebetulan, ditakdirkan berjumpa atas sebab-sebab tertentu.

    “Sama ada memberi pengajaran atau rahmat,” ujarnya.

    Sementara itu, warganet di ruangan komen rata-rata memuji keramahan Wan melayan kanak-kanak malah ada yang mendoakan agar pelakon itu bertemu jodoh secepat mungkin. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda