Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wang simpanan RM30,000 dimakan anai-anai

    KUALA LUMPUR, 27 JULAI – Hasrat seorang warga emas yang ingin menunaikan haji mungkin tidak kesampaian selepas wang simpanan berjumlah RM30,000 yang disimpan di dalam kotak rosak dimakan anai-anai.

    Wang kertas yang rosak akibat dimakan anai-anai selepas seorang warga emas menyimpan simpanannya di dalam kotak. – ANN/The Straits Times

    Cucunya, Khairul Azhar, memuat naik gambar di laman Facebook pada Isnin, menunjukkan wang yang rosak dimakan anai-anai.

    Khairul, yang menetap di Kelantan, berkata dia telah membawa separuh wang kertas yang rosak itu ke Bank Negara dengan harapan dapat menu-karkannya dengan wang baharu.

    Tambahnya, wang kertas selebihnya rosak teruk.

    Dalam catatannya lagi, Khairul berkata hasrat neneknya untuk mengerjakan haji pada 2024 mungkin tidak kesampaian.

    Khairul berkata pengajaran daripada kejadian tersebut ialah jangan menyimpan wang sebanyak itu di rumah.

    Catatan itu setakat ini menerima lebih 260 komen dan dikongsikan lebih 650 kali. Sebahagian warganet meluahkan rasa simpati ke atas nenek tersebut, manakala ada yang berkata isu dalam hal ini bukanlah mengenai menyimpan duit di rumah tetapi bagaimana seseorang itu menyimpannya. Seorang pengguna Facebook berkata pilihan yang lebih baik ialah menyimpan duit di dalam tin biskut.

    Ramai yang menyarankan untuk menukar wang tunai kepada jongkong emas kerana memasukkan wang di dalam bank akan menyebabkan se-seorang itu terdedah kepada penipuan. – ANN/The Straits Times

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda