Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Wang Yi lawat Vietnam adakan rundingan dua hala

    BEIJING, 30 NOV – Diplomat tertinggi China Wang Yi akan melawat Vietnam esok bagi menghadiri rundingan dua hala, kata kementerian luar Beijing.

    Atas jemputan Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Tran Luu Quang, Wang, akan berkunjung ke Vietnam dari 1 hingga 2 Disember, menurut Beijing.

    Beliau akan mempengerusikan mesyuarat ke-15 Jawatankuasa Pandu Kerjasama Dua Hala China-Vietnam, tambahnya, sebuah forum yang secara tradisinya menyaksikan kedua-dua negara membincangkan kerjasama perdagangan dan ekonomi.

    Vietnam yang berperang dengan China antara 1979 dan 1988, berhati-hati terhadap jirannya di utara dan merupakan salah satu daripada segelintir negara yang mempunyai tuntutan ke atas banyak pulau kecil di Laut China Selatan.

    Beijing menuntut hampir keseluruhan laut tersebut, yang mana trilion dolar perdagangan melintasinya setiap tahun dan telah mengabaikan keputusan mahkamah antarabangsa bahawa kenyataannya tidak mempunyai asas undang-undang. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...