Thursday, May 2, 2024
24 C
Brunei

    -

    Wang Yi temui bakal presiden Indonesia

    JAKARTA, 19 APRIL – Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto menerima kunjungan ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar China Wang Yi di Jakarta, kelmarin.

    Wang terlebih dahulu menyampaikan ucapan tahniah dari Presiden Xi Jinping kepada Prabowo yang menang dalam pilihan raya presiden dan yakin beliau akan membawa Indonesia ke masa depan yang lebih indah.

    Wang berkata Indonesia merupakan negara membangun yang besar dan tenaga ikonik dalam negara Selatan Global.

    “China meletakkan hubungan dengan Indonesia sebagai keutamaan dalam hubungan luar dan menganggap Indonesia sebagai rakan yang boleh dipercayai bagi urusan global.

    “Perpaduan dan kerjasama antara China dan Indonesia akan memberikan pengaruh kepada pembangunan global, menyumbang kepada keamanan dan kestabilan dunia serta mendorong proses multipolarisasi dunia,” kata Wang.

    Menteri Luar itu menegaskan bahawa China komited untuk menjalin kepercayaan strategik bertaraf lebih tinggi dengan Indonesia, meningkatkan kerjasama komprehensif, mendorong pembangunan modenisasi antara satu sama lain agar melonjakkan hubungan perkongsian strategik komprehensif ke tahap baharu.

    Wang berkata China turut menyokong Indonesia memainkan peranan yang lebih besar dalam urusan serantau dan antarabangsa, bersedia meningkatkan penyelarasan dan kerjasama untuk bersama-sama memelihara kedamaian dan kestabilan serantau serta memegang masa depan dan nasib rantau ini di tangan sendiri.

    Sementara itu, Prabowo berkata China merupakan sahabat baik bagi Indonesia dan sependapat dengan Presiden Joko Widodo mengenai pengembangan hubungan dengan China.

    “Kami berharap dapat memajukan dan meningkatkan kerjasama strategik kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi,” katanya.

    Bakal Presiden Indonesia itu berkata China mempertahankan keadilan dalam urusan serantau dan antarabangsa serta memberikan bantuan tanpa syarat kepada negara-negara membangun.

    “Indonesia bersedia memperkasakan penyelarasan dan kerjasama dengan China dan ia pasti akan memberi pengaruh yang positif bagi kestabilan dan kemakmuran serantau amnya dan dunia khasnya,” kata Prabowo. – Bernama

    Menteri Pertahanan dan Presiden Terpilih Indonesia, Prabowo Subianto (kiri) menyambut Menteri Luar China, Wang Yi (kanan) semasa lawatan di pejabat Kementerian Pertahanan di Jakarta, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ tolak keahlian pakatan teknologi pertahanan AUKUS

    WELLINGTON, 1 MEI - Menteri Luar New Zealand hari ini menolak penyertaan pakatan teknologi pertahanan penting dengan Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS),...