Monday, April 28, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita dijangkiti virus herpes selepas berkaraoke

    ZHEJIANG, 28 APRIL – Seorang wanita dari wilayah Zhejiang, China mendakwa dirinya dijangkiti virus herpes selepas memegang mikrofon karaoke terlalu rapat dengan mulut semasa membuat persembahan, lapor media tempatan.

    Memetik laporan Oddity Central, wanita yang tidak dinamakan itu berkongsi kisahnya di Douyin (versi TikTok di China), mendakwa dia dijangkiti virus HSV-1 – yang biasa menyebabkan kudis pada mulut – selepas mengunjungi sebuah pusat karaoke pada 2017.

    Menurutnya, dia terlalu bersemangat semasa menyanyi sehingga mikrofon hampir mulut. Beberapa ketika selepas itu, muncul lepuh kecil berisi nanah di sekitar mulutnya. Pada mulanya dia tidak ambil kisah kerana lepuh itu hilang dengan sendirinya, namun ia kembali beberapa hari kemudian, lebih teruk daripada sebelumnya.

    Gambar Freepik

    Apabila mendapatkan rawatan, dia disahkan dijangkiti virus HSV-1.

    “Saya kini perlu menanggung virus ini seumur hidup. Tiada ubat yang mampu menyembuhkannya, hanya ubat untuk meredakan simptom. Penyakit ini akan berulang dari semasa ke semasa,” katanya dalam nada kesal.

    Wanita itu yakin mikrofon yang digunakan adalah punca jangkitan kerana sebelum itu dia tidak pernah mengalami gejala herpes.

    Video itu tular di media sosial China. Namun begitu, pakar dermatologi masih belum mengesahkan secara rasmi sama ada jangkitan virus HSV-1 boleh berlaku hanya melalui sentuhan mulut dengan mikrofon tercemar, seperti dakwaan wanita berkenaan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda