Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Wanita Iban lafaz Dua Kalimah Syahadah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BELAIT, 14 APRIL – Seorang perempuan berbangsa Iban telah memilih agama Islam sebagai pegangan hidupnya yang baharu dan melafazkan Dua Kalimah Syahadah, hari ini.

    Majlis pengislaman Suli Anak Nuing, 61, yang memilih nama Islamnya sebagai Dayang Noor Sa’diyah binti Abdullah Nuing telah berlangsung di sebuah rumah persendirian di Kampung Sungai Lalit, Lumut.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Penolong Pengarah Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Awang Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar.

    Turut hadir ialah Juru Teknik Ukur Kanan, Jabatan Ukur Daerah Belait, Awang Zefini bin Nawi serta pegawai dan kakitangan PDI.

    Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan lafaz ikrar pengislaman oleh saudara baharu di hadapan tetamu kehormat majlis dan pegawai pengislaman, Ketua Pejabat Unit Dakwah Daerah Belait, Dayang Zikrinaidah binti Mat Dikir.

    Kemudian, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada saudara baharu berkenaan yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

    Unit Pengislaman di Pejabat Unit Dakwah Daerah Belait mencatatkan seramai 26 orang yang memeluk agama Islam sejak awal tahun ini di daerah tersebut, iaitu 10 orang berbangsa Iban, sembilan orang berbangsa Dusun, dua orang berbangsa Cina dan empat orang berbangsa Filipina serta seorang berbangsa India.

    Awang Abdul Aziz menyampaikan cenderahati kepada Dayang Noor Sa’diyah pada majlis pengislaman di Kampung Sungai Lalit, Lumut kelmarin.- Gambar serahan PDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...