ROM, 29 OGOS – Wanita dan kanak-kanak yang terperangkap dalam sebuah kapal penyelamat amal di Mediterranean akan dibenarkan memasuki Itali, menurut Kementerian Dalam hari ini, meskipun pengharaman ke atas kapal-kapal tersebut memasuki perairan Itali masih kekal.
“Wanita, kanak-kanak dan orang sakit akan dibenarkan turun dari Mare Jonio, menurut kementerian itu dengan merujuk pada kapal penyelamat itu, yang dikendalikan oleh Mediterranea Saving Humans, di mana ia telah menyelamatkan sehingga 100 orang pendatang semalam.” – AFP
