SYDNEY, 2 FEB – Seorang wanita maut di Australia, hari ini, ketika pihak berkuasa mengarahkan penduduk di timur laut yang dilanda banjir di negara itu untuk berpindah dan berwaspada terhadap buaya ketika paras sungai meningkat.
Pihak berkuasa di negeri Queensland, Australia, berkata sebahagian negeri mempunyai paras air lebih 600 milimeter dalam masa 24 jam.
Disebabkan hujan lebat yang berterusan, penduduk di kawasan kerap banjir Townsville telah disarankan untuk mengosongkan rumah mereka menjelang, hari ini.
Banjir yang semakin meningkat memaksa penutupan lapangan terbang tempatan dan Hospital Universiti Townsville untuk menangguhkan pembedahan elektif.
Perdana Menteri negeri itu, David Crisafulli, memberi amaran hari ini, lebih banyak hujan diramalkan turun di mana ia akan mencatatkan rekod curahan hujan yang tertinggi.
Keadaan cuaca sedemikian tidak pernah dialami oleh negeri itu sejak sekian lama, kata Crisafulli.
“Ia bukan sahaja tentang jumlah, tetapi juga berkaitan tempoh turunan hujan itu,” katanya kepada penyiar kebangsaan ABC, hari ini.
Menurut polis, seorang wanita maut hari ini selepas bot yang dinaikinya terbalik di bandar luar bandar Ingham, sekitar 230 kilometer dari Cairns. – AFP