Sunday, March 16, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita Thailand dituduh bunuh sembilan dengan sianida

    BANGKOK, 26 APRIL – Polis Thailand telah menahan isteri seorang pegawai kanan kerana disyaki membunuh sembilan orang dengan meracuni mereka menggunakan sianida, kata pegawai-pegawai hari ini.

    Wanita itu, berusia dalam lingkungan 30-an, telah ditangkap di Bangkok kelmarin atas pembunuhan berkenaan, yang berlaku selama beberapa tahun.

    Para penyiasat percaya wang adalah motif pembunuhan-pembunuhan itu, kata jurucakap Polis Diraja Thailand, Archayon Kraithong kepada AFP.

    Surachate Hakparn, timbalan ketua polis negara memberitahu pemberita bahawa mangsa ke-10 terselamat selepas muntah.

    “Suspek pergi makan malam dengan (seorang wanita), yang muntah tetapi terselamat. Dia juga isteri seorang anggota polis,” kata Surachate.

    Polis berkata wanita itu menafikan semua dakwaan terhadapnya.

    “Bedah siasat mendapati terdapat sianida dalam mayat-mayat,” kata Surachate kepada pemberita. “Jadi ini bermakna mangsa telah mengambil racun melalui mulut.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda